Lirik Lagu Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga

By | Oktober 12, 2020
Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabahku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina
Teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

Tinggallah aku
Kini seorang diri
Ke sana dan ke mari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada ku pinta
Kerana hidup bahgia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang ku kesalkan
Dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana ku sungguh menyayangimu

Hidup aku berteman
Rindu tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

Tinggallah aku
Kini seorang diri
Ke sana dan ke mari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada ku pinta
Kerana hidup bahgia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang ku kesalkan
Dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana ku sungguh menyayangimu

Hidup aku berteman
Rindu tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabahku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan

Lirik Lagu Yang Terkait:
Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga

Temukan Mp3 Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga