Lirik Lagu Iklim – Sambutlah Tanganku

By | January 16, 2022
Iklim - Sambutlah Tanganku

Dalam dakapan angin semalam
‘ku dibuai kenangan silam
Bertemankan bulan
Berbahasa alam
Membunuh dendam

Matahari bangkit lagi
Dan keringlah embun dan mimpi
Kuulangi langkah
Rela hidup dengan
Berserah

Kau sambut tanganku, kasih
Melangkah ke gerbang asmara
Timbunkan kenangan pahit
Kita bakar, bakar bersama
Dan dengan bahang apinya
Hangatkanlah cinta semula
Terpahat sumpah setia
Berdua

Dan jangan hendaknya berulang lagi
Bermandikan hujan di tengah hari
Walaupun panas kurela menanti
Asalkan tak kelayuan
Kerana puan

Kau sambut tanganku, kasih
Melangkah ke gerbang asmara
Timbunkan kenangan pahit
Kita bakar, bakar bersama
Dan dengan bahang apinya
Hangatkanlah cinta semula
Terpahat sumpah setia
Berdua

Dan jangan hendaknya berulang lagi
Bermandikan hujan di tengah hari
Walaupun panas kurela menanti
Asalkan tak kelayuan
Kerana puan

Lirik Lagu Yang Terkait:
Iklim – Sambutlah Tanganku

Temukan Mp3 Iklim – Sambutlah Tanganku