Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerna ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak perhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerna perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang esa
Setelah mati ku hidup semula
Lirik Lagu Yang Terkait:
Mati Hidup Semula – Jamal Abdillah