Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Noraniza Idris – Lenggang-Lenggok

By | April 15, 2020
Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - Lenggang-Lenggok

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya
Sunguh menawan
Paras cantik memikat gaya manjanya
Hati tertawan
Rambut panjang berjurai hitam berkilat
Mayang mengurai
Lemah lembut gayanya tersenyum simpul
Lemah gemalai

(Noraniza)
Resah jangan diharap pagi yang cerah
Bawa bersenda
Usah bagaikan dedap sungguhpun merah
Harum tiada

(Siti)
Bukan kerana mawar kumbang mengidam
Seri gubahan
Intan tetap bersinar walau terbenam
Di perlimbahan

(ulang korus)

(Siti)
Cantik baju kebaya pukau warnanya
Berbunga jarang
Baik budi bahasa walau kemana
Dikenang orang

(Noraniza)
Segar dingin terasa bayu membelai
Tiada henti
Biar miskin kelana asalkan pandai
Mengambil hati

Lirik Lagu Yang Terkait:
Siti Nurhaliza Noraniza Idris – Lenggang Lenggok

Temukan Mp3 Siti Nurhaliza & Noraniza Idris – Lenggang-Lenggok