Wahai tuhan ku yang esa
Bila kenangkan qahar-mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-mu
Hamba-mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang ghafar-mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tmu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-mu
Ya alloh tuhanku
Bantulah hamba-mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai tuhan ku yang esa
Bila kenangkan qahar-mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-mu
Lirik Lagu Yang Terkait:
Nadamurni – Harapan PadaMu Subur Kembali